Langkawi Agensi By JKiNG »

Pages

Thursday 7 July 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG AZIETA AGENSI

Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

Dengan ini syarikat AZIETA AGENSI (RA0015365-M) merupakan salah satu agensi perlancongan yang beroperasi di KUALA PERLIS yang menguruskan segala kemudahan perlancongan di sekitar Pulau Langkawi. Syarikat kami menyediakan segala kemudahan Penginapan, Kereta Sewa, Island Hopping, Manggrove dan sebagainya di sekitar langkawi.